Pemergian...
Sunday, March 10, 2013 | 3/10/2013 | 0 comment♥
Hai khamis yg lepas aku dah kehilangan orang yang aku sangat sayang. Aku panggil dia "Mak". Dia bukanlah mak kandung aku, tapi dia adalah orang yang menjaga aku bila mak ayah aku pergi kerja. Dia jaga aku dari aku baby lagi. Time aku baby, dia jiran aku. Seakarang dia dah pindah. Tak jauh pun. Mak aku hantar aku dekat "rumah mak" dari aku baby sampai besar. Tapi tahun lepas, dia dah tak jaga aku sebab aku dah sekolah sesi pagi. Tapi aku selalu jugak melawat dia :) Dia sangat baik, memang baik, dengan aku, family aku, kawan kawan aku. Dia takpernah kedekut, tambah dalam hal hal makanan. Kalau aku terlupa bawak duit pergi sekolah pun kadang kadang dia bagi. So,bulan dua haritu dia jatuh, dan masuk hospital. Time tu aku kat Langkawi, dgn family aku, bila dapat tahu dia masuk hospital, aku risau sangat. Lepas tu aku call dia, dia katadia okay je. cuma sakit belakang. Dah sampai kl, aku dgn family aku melawat dia dekat HUKM, dia nampak sihat je. happy, kitorang sembang sembang. Gelak gelak macam biasa. Dia okay je dia kata cuma yelah sakit belakang. Lusa lepas tu aku call dia, tanya perkembangan, sihat tak, apa semua, dia kata dia mcm biasa, sakit belakang je. Seminggu lepas tu, ummi aku bagitau yng 'Mak' ada kanser. Aku dengar nak menangis aku. Aku risau, 2 hari lepas tu aku call 'mak'. Suara dia lemah sangat dia kata dia tgh tidur nak tunggu rawatan terapi, aku pun taknak ganggu dia aku cakap lah okay, semoga mak cepat sembuh, una akan doakan mak.. Tapi tak sangka, tu kali terakhir aku cakap dgn 'mak'. Sebab hari khamis haritu, lepas aku habis basketball, aku tgok handphone, ummi hantar mesej : "una, mak dah meninggal" time tu Allah saja yng tahu betapa sedih nya aku, aku menangis dekat situ jugak.Aku tak sangka mak akan pergi secepat ni. Aku keluar sekolah, aku tunggu walid, lepas tu pergi rumah mak, aku tengok dapur, aku sedih sbb selalunya kalau aku dtg, mak mesti sibuk memasak dkt dapur, time tu aku sedih lagi aku menangis lagi. Aku tunggu jenazah mak sampai rumah, bila dah sampai, aku takdapat tahan tengok jenazah mak yang dah lengkap dibaluti kain kapan. Aku menangis lagi. Aku sedih sangat, hati aku pilu sangat. Lepas tu, aku cium mak. Aku tgok muka mak, tenang je. Takpe, aku redha, Allah lebih sayangkan mak. Setengh jam lepas tu, mak dikebumikan, aku tak ikut. Sebab dah maghrib. Aku balik, solat baca Yasin, aku mengangis lagi. Semoga mak ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman."Mak, terima kasih tak terhingga sbb dah jaga una dari baby sampai besar. Hanya Allah yg dapat balas jasa jasa mak. Mak, una minta maaf kalau una ada buat salah dgn mak. Terima kasih sbb ajar beberapa benda yg boleh guide una utk hidup. Terima kasih mak, segala apa yguna dah lalui dgn mak, una takkan lupa, InsyaAllah. Mak, semoga roh mak dicucuri rahmat, semoga Mak tenang di Syurga. Una sayang mak"
Ya Allah, tolong tabahkan hati aku untuk menerima kenyataan ini. Amin..



Im socially awkward. Lived almost 16000000000000 years. November 1st. Taylor Swift, The Wanted, K-Pop :>
